Tentang Kami

PENUBUHAN :

Orators’ League atau nama rasminya “Kelab Pengucapan Awam” Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu ditubuhkan secara rasmi pada sesi persekolahan 2007. Sebelum itu, kegiatan Oratos’ League berada di bawah Persatuan Bahasa Melayu (JENTAYU) dan Persatuan Bahasa Inggeris (ELS).

Logo Kelab Pengucapan Awam @ Orators' League SBPI Kubang Pasu

Logo Kelab Pengucapan Awam @ Orators’ League SBPI Kubang Pasu

OBJEKTIF:

(1) Mencungkil dan mengembangkan potensi diri pelajar dalam seni pengucapan awam;

(2) Melatih pelajar berfikira kritis dan kreatif dalam mendepani pelbagai isu semasa dan fundamental sama ada di dalam mahupun di luar Negara;

(3) Memantapkan jati diri dan keterampilan pelajar sebagai jelmaan pemimpin masa hadapan berteraskan kesyumulan nilai-nilai keinsanan.

AKTIVITI :

Kegiatan Orators’ League tertumpu kepada tiga, iaitu : (1) Bahas (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris); (2) Pidato (Bahasa Melayu); dan (3) Public Speaking (Bahasa Inggeris). Orators’ League mendukung tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Ahli Orators’ League terdiri daripada pelajar yang bergiat dalam kegiatan yang menjadi fokus Oratos’ League. Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar yang menyertai pengucapan awam, khususnya syarahan agama menyertai Orators’ League. Hal ini demikian kerana penyertaan dalam Oratos’ League perlu menjalani pemilihan dan tapisan yang ketat, khususnya dari segi komitmen, keterampilan dan bakat.

Moto Orators’ League ialah : UJARAN MEROBAH DUNIA (WORDS DEFINE WORLD / AL-KALAM TUGHAYYIRU ‘L-DUNYA)

PENGERTIAN LOGO:

(1) Bulatan Bundar huruf O dan L : Orators’ League

(2) Huruf L bergulung : Melambangkan lidah yang menjadi unsur terpenting dalam seni pengucapan – lisan.

(3) Warna jingga : melambangkan keteguhan prinsip, kecendekiaan akal budi dan kekritisan pemikiran.

(4) Warna Hitam : melambangkan kesiapsiagaan menegakkan hujah dengan penuh keberanian dan kesungguhan.

Komen-komen
  1. Shafiq Kadir berkata:

    Semoga blog nyeh lebih banyak pengisian nyer…..

  2. nizam al-mubakkiran berkata:

    blog ni mcm dh byk sawang jer..x dak sapa nk buang ke ek??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s