Membudayakan Debat dan Pidato

Posted: Ogos 31, 2015 in bahas, Pidato
Tags: , ,

Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat i-KUPs 2015, Panitia Bahasa Malaysia dengan kerjasama Orators’ League Bahasa Melayu telah menganjurkan pertandingan Debat Antara Kelas Kali Pertama dan pertandingan Pidato Kemerdekaan kali keempat.

Pertandingan Debat Antara Kelas melibatkan pelajar junior, iaitu tingkatan 1 dan 2 sahaja. Johan membawa pulang piala pusingan, hadiah wang tunai sebanyak RM 100.00 dan hadiah iringan, sementara naib johan wang tunai RM 70.00 dan hadiah iringan. Ringkasan pertandingan seperti berikut:

Sesi Usul Petanding Keputusan
1 Jalur Gemilang Wajar Diwajibkan dikibar di Setiap Bangunan 2 Ikram (kerajaaan)

2 Ikhlas (pembangkang)

Kerajaan
2 Tokoh Kemerdekaan Tidak Menjadi Inspirasi Masyarakat Kini 2 Ihsan (Kerajaan)

1 Ikhlas (Pembangkang)

Pembangkang
3 Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan Perlu diwajibkan di Setiap Sekolah 1 Ihsan (Kerajaan)

1 Ikram (Pembangkang)

Kerajaan
4 (Suku Akhir) Cinta Negara Lahir daripada Institusi Pendidikan 2 Ikram (Kerajaan)

1 Ikhlas (Pembangkang)

Kerajaan
5 (Suku Akhir) Memupuk Semangat Patriotik Tugas Guru 1 Ihsan (Kerajaan)

2 Ihsan (Pembangkang)

Pembangkang
6 (Akhir) Patriotisme Generasi Muda Semakin Goyah 2 Ikram (Kerajaan)

2 Ihsan (Pembangkang)

Pembangkang

Sementara itu, seramai 7 orang peserta mewakili rumah masing-masing (kecuali rumah Saidina Ali yang hanya diwakili seorang peserta telah bertanding bagi merebut Piala PusinganPidato Kemerdekaan bagi pidato bertemakan patriotisme. Pada akhirnya, Adib Mu’azzam bin Abdul Razak dari rumah SAidina Othman dinobatkan sebagai johan dengan membawa pulang Piala Pusingan dan wang tunai RM 70.00 sementara Mohd Zaid Aslam bin Shaharudin sebagai Naib Johan dengan menerima hadiah wang tunai RM 50.00.

Hadiah-hadiah telah disampaikan pada sambutan Ambang Kemerdekaan yang diadakan di Dewan al-Ghazali pada 30 Ogos 2015 oleh Ayahanda Cikgu Pengetua.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai aktiviti ini. Digharapkan budaya seni pengucapan awam akan terus mekar di hati warga i-KUPs.

DSC_0279 DSC_0283 DSC_0286 DSC_0291 FB_IMG_1440858046043

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s