PASCA KEM PETAH BICARA

Posted: November 8, 2014 in bahas
Tags:
Poster pewara-waraan oleh Shafiq

Poster pewara-waraan oleh Shafiq

Seperti yang diwara-warakan sebelum ini, Kem Petah Bicara telah selamat dijalankan pada 25, 26 dan 27 September 2014. Program 3 hari 2 malam itu dijalankan di i-KUPs dengan penglibatan fasilitator daripada bekas pembahas i-KUPs dan penceramah luar. Program ini dijalankan secara “hands on” berbanding teori bagi memberi pendedahan terbaik kepada mereka. Seramai 31 orang peserta yang terdri daripada ahli Orators; League Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah mengikuti program ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memastikan program di bawah peruntukan Etos SBT i-KUPs ini berjalan lancar.

 Selama tiga hari dua malam berkampung (walaupun hari terakhir terdapat sedikit gangguan kerana ia tiba-tiba menjadi hari persekolahan ganti) peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menajyakan program ini. Berbantukan dua bekas pemabahas i-KUPs, Sdr. mohamad Rosman Razif dan Mohd Shafiq Kadir, sesi pengenalan dan kaedah ke arah pembahas yang berkesan dijalankan secara bersungguh-sungguh sehingga keletihan. Namun tekad anak-anak muda i-KUPs tidak pernah malap.

IMG_1177  IMG_1180  IMG_1248  IMG_1263 

Selain fasilitator berpengalaman tersebut, kursus ini mengundang khas penceramah luar bagi memberi sedikit idea daripada para jurulatih bahas mapan. Penceramah pertama ialah Pn. Siti Hajar binti Zainal Abidin, jurulatih bahas SMK Jitra yang telah membawa pasukannya ke pertandingan peringkat kebangsaan Piala Datuk Abdul Shukor 2013. Beliau juga ialah pegawai teknikal bahasa bahasa Inggeris JPN Kedah. Penceramah kedua, iaitu En. Abdul rashid bin Osman pula jurulatih bahas yang tidak asing lagi dari SM Sains Pokok Sena (SAINA) telah memberikan pelbagai panduan kepada pembahas muda i-KUPs.

Kursus turut diserikan dengan pertandingan bahas persahabatan antara i-KUPs dengan SAINA. Perbahasan yang menampilkan pelapis-pelapis debat ini menyaksikan terbongkarnya pelbagai kelemahan dalam kalangan pendebat. Kelemahan-kelemahan ini telah dicerna dalam sesi ulasan pada malamnya oleh para fasilitator. Semoga apa-apa yang dikomen tersebut dapat dipelajari dan menjadi inspirasi kepada pendebat ini untuk terus maju pada masa hadapan.


IMG_1206 
IMG_1215 IMG_1205

Kursus yang ditamatkan pada Sabtu ini diharapkan menjadi batu loncatan kepada para senior untuk kembali mengukuhkan budaya bahas dalam kalangan pelajar i-KUPs, khususnya ahli OL. Semoga terus bersinar!

 

 

 

 

IMG_1285

Komen-komen
  1. Tahniah atas penganjuran program yang sungguh bermanfaat. Seronok saya membacanya.

    Cuma ada sedikit makluman yang lebih tepat, pasukan yang mewakili negeri Kedah ke pertandingan bahas kebangsaan Piala Datuk Abdul Shukor 2013 adalah dari SMK Sg. Kob. Semifinalis 2013 menentang SMK Seri Serdang, Selangor. Saya sendiri menyaksikan perlawanan tersebut.

    2011 (Tuan Rumah: Perlis) – SMK Sultan Badlishah/SMK Ibrahim

    2012 (Tuan Rumah: Johor) – SMK Sultan Badlishah/SMK Ibrahim

    2013 (Tuan Rumah: Sarawak) – SMK Sg. Kob

    2014 (Tuan Rumah: Selangor) – Kolej Sultan Abdul Hamid

    Harap maklum.

    • oratorsleague berkata:

      Terima kasih En. Harmi atas informasi……namun yang saya maksudkan SMK Jitra wakil Kedah ke kebangsaan untuk Debat Bahasa Inggeris pada tahun lepas, 2013…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s