Mesyuarat Agung 2012

Posted: November 17, 2012 in Mesyuarat

Pada hari ahad yang lalu bersamaan 4 November 2012 Orators’ League telah mengadakan satu Mesyuarat Agung bagi tahun 2012. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Sal ini dihadiri seramai 52 orang ahli Orators’s League serta guru penasihat En. Amir. Mesyuarat yang bermula pada pukul 3.00 petang ini dimulakan dengan ucapan ringkas oleh En. Amir.

Mesyuarat diteruskan dengan upacara perletakan jawatan oleh Ahli JawatanKuasa Tertinggi Orators’ League sesi 2012 yang diketuai Presiden OL 2012 saudara Hamdi. Majlis perletakan jawatan yang diadakan ini bertujuan memberi laluan untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi OL bagi sesi 2013.

 

Berikut ialah struktur pemerintahan OL bagi sesi 2013 :

Presiden : Muaz Nidzam

Tim. Presiden : Siti Safwatul  Aiman

Naib Presiden :

Bahasa Melayu : Asraf Shahabuddin

Bahasa Inggeris : Fatimah Ibrahim

Bahasa Arab : Amiruldin Roslan

Setiausaha : Fatin Afifah

Pen. Setiausaha : Saiful Akmal

Bendahari : Fatin Aqilah

Pen. Bendahari : Afiffitri

 

Mesyuarat diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh Ajk Tertinggi sesi 2013 dan penyerahan portfolio OL antara saudara Hamdi (Presiden 2012) dengan saudara Muaz (Presiden 2013).  Mesyuarat berakhir dengan    tayangan video hasil nukilan ahli OL Tingkatan 2.  Semua ahli OL bergerak ke foyer sekolah untuk menikmati jamuan akhir tahun. Jamuan akhir tahun juga diserikan dengan pemberian hadiah kepada ahli OL tingkatan 5.

Diharap AJK Tertinggi OL sesi 2013 dapat menaikkan lagi nama Orators’ League .

Majulah Orators’ League demi Negara

Ujaran Merobah Dunia

Komen-komen
  1. shafiqkadir berkata:

    Alhamdullilah, masih mengekalkan prosedur adat lama pusaka usang…🙂
    Yang penyerahan portfolio tu penyerahan perlembagaan kah?

  2. oratorsleague berkata:

    yup . penyerahan portfolio tu penyerahan perlembagaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s