Bimbingan Pidato (7)

Posted: Mei 29, 2011 in Pidato

Baiklah, pada kali ini tulisan ini menyambung semula teknik pendahuluan pidato yang telah dibuat pada Bimbingan Pidato (6) yang lalu.

  • Menunjukkan Keseriusan

Waktu anda memulai bicara, anda sepatutnya sudah bersedia serta menampakkan kesungguhan dan serius, tetapi jangan pula terlalu serius sampai hilang keseimbangan. Berdiri dengan tegak dan tunjukkanlah sikap yang sempurna. Ucapkan kata-kata pendahuluan pidato dengan suara yang bersemangat. Jangan mulakan pidato dengan suara yang lemah atau humor yang keterlaluan.

  • Memasukkan inti persoalan dengan segera

Kata-kata pendahuluan yang baik ialah ringkas, tepat dan terarah kepada isu yang ingin diceritakan. Pemidato tidak seharusnya terlalu banyak bermain dengan ‘bunga-bunga bahasa’ sehingga mengelirukan audiens. Memulakan dengan analogi adalah baik, tetapi hendaklah analogi yang tepat dan berkait dengan isu yang akan dibicarakan dalam pidato. Jangan pula terlalu banyak analogi sehingga membosankan penonton.

  • Mengemukakan sesuatu yang cukup menarik hati

Apa yang menarik hati? Antara perkara yang dimaksudkan dengan menarik hati ialah :

  1. Mengemukakan ungkapan atau peristiwa yang bersifat mengundang rasa ingin tahu. Sebagai contoh:’ Tuan-tuan dan puan-puan. Pada 1400 tahun yang lalu, terjadi satu peristiwa besar. …” Kemudian baharulah memasukkan cerita / peristiwa tersebut.
  2. Menceritakan pengalaman yang unik berkait dengan isu yang ingin anda ketengahkan. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman anda sendiri atau pengalaman orang lain, yang anda baca atau dengar / tonton / baca kisahnya. Namun, pastikan cerita tersebut adalah benar dan meyakinkan penonton.
  3. Melontarkan pertanyaan yang kemudiannya, anda sendiri yang menjawabnya. Akan tetapi pertanyaan janganlah sesuatu yang kedengaran “klise”, tetapi hendaklah yang segar dan menarik. Sebagai contoh, anda bertanya :”Pada tahun 2010, seramai 213 orang pengguna internet telah disoal siasat oleh pihak polis kerana mencetuskan isu sensitif dalam blog-blog mereka. Mengapa rakyat negara kita semakin ramai yang bermain dengan isu-isu sensitif?Adakah rakyat negara kita semakin kurang prihatin dan lemah perpaduannya? Bagi menjawab isu ini, sayaberdiri di hadapan hadirin untuk menyampaikan pidato yang bermauduk…”
  4. Memetik ayat atau petikan yang meyakinkan, misalnya ayat al-Quran, Hadis, kata-kata hukama’, kata-kata tokoh negarawan dan lain-lain. Namun pewtikan tersebut janganlah petikan yang sudah terlalu banyak digunakan oleh orang lain, tetapi sesuatu yang baharu walaupun isunya tetap sama.
  5. Mengemukakan contoh atau perbandingan yang tepat, sesuai dengan tahap pemikiran – merasa para audiens. Hal ini juga bermaksud, sesuai dengan jenis pertandingan yang anda sertai. Oleh sebab itulah, pendahuluan untuk Pidato Piala Diraja berbeza dengan Syarahan Agama untuk MTQ!

Itulah beberapa tip untuk membina pendahuluan pidato. Semoga anda beroleh manfaat. Namun tip ini tidak akan berkesan sekiranya anda tidak berlatih dengan kerap. Hal ini demikian kerana penguasaan pidato ini berkait dengan penguasaan bahasa. Anda perlu berlatih, bukan sahaja besendirian tetapi di khalayak. Mungkin di tempat-tempat awam, misalnya di laluan pelajar, di kantin atau di hadapan rakan-rakan sekelas. Walaupun mungkin ramai yang mengejek dan mempersendakan anda, namun sesungguhnya kaedah ini akan berjaya membina keterampilan dan keyakinan anda untuk bercakap di khalayak awam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s