Pidato Piala Diraja 2011

Posted: Mei 27, 2011 in Pidato
Tags:

Tanggal 19 Mei 2011 yang lalu, Naib Presiden Orators’ League (Bahasa Melayu) SBP Integrasi Kubang Pasu, Mohamad Sharulnizam bin Md Roni telah mewakili daerah Kubang Pasu ke Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Kedah di SMK Ayer Hangat, Langkawi. Pertandingan yang diadakan serentak dengan Pertandingan Pidato Piala Diraja (Sek. Rendah) dan Pertandingan Bercerita (Sek. Rendah) telah dirasmikan penutupannya oleh Timbalan PPD Langkawi. Dalam pertandingan tersebut, Sharulnizam telah dinobatkan sebagai naib johan, tewas kepada wakil Kota Setar yang diwakili oleh SMS Pokok Sena. Tahniah kepada Sharulnizam, walaupun hanya di tempat kedua, namun sudah ada peningkatan daripada tahun lepas. Semoga pada tahun depan, wakil SBPI Kubang Pasu akan mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan, Insya-Allah!

******************************************************
Pada 12.05.2011 yang lalu, Pemidato SBPI Kubang Pasu, Mohamad Sharulnizam bin Md Roni telah berjaya meneruskan kejuaraan Pidato Piala Diraja Peringkat Daerah Kubang Pasu yang diadakan di SK Bandar Baru Darulaman. Pidatonya yang bertajuk “Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang” telah berjaya membawa pulang piala pusingan dan sijil penyertaan. Beliau akan mewakili Kubang Pasu ke pertandingan peringkat negeri di Pulau Langkawi pada 18 & 19 Mei 2011.

Johan Daerah

Di Hotel Langkasuka, penginapanSedang Berpidato, peringkat negeri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s