Saya masih lagi ingat……

Posted: Februari 1, 2011 in bahas

Oleh;Rosman Razif

http://rosmanrazif.blogspot.com/

Sebaik saya mendapat panggilan bahawa pasukan bahas SBPIKP akan ke SMSAH untuk perlawanan persahabatan, saya berasa begitu gembira.Sudah lama tidak mendengar khabar daripada pembahas-pembahas. Seingat saya, kami semua hanya berjumpa pada Oktober lepas, kemudian saya begitu sibuk bagi persediaan SPM. Kebetulan Safuan pula ada di rumah berikutan cuti Tahun Baru Cina. Memang perjumpaan kali ini begitu menggembirakan saya kerana ini bukanlah sekadar perjumpaan biasa tapi perjumpaan yang penuh dengan cerita dan nostalgia.

Disebabkan tiba-tiba sahaja Safuan ada ‘on call'(mungkin ke klinik), nampaknya saya dan Faris terpaksalah menunggang motosikal dahulu ke sana. Sebenarnya saya dan Faris sudah pun lewat. Kami hampir sahaja nak berpatah balik sebaik saja sampai di pintu masuk kerana kami sering medengar bahawa ‘Pak Guard’ SAMSAH memang garang dan khabar angin  yang sama itu saya dengar selama hampir lima tahun sepanjang bergelar pelajar. Tapi betullah kata pepatah Jepun; Orang yang bijak saja yang tak menyebarkan khabar angin(bagaimana pula dengan orang yang mendengar khabar angin ???). Kami diberi masuk begitu saja.Hmmm……

Sebaik saja kami melangkah masuk ke pintu pagar, auranya tersasa lain;suasana SBP+SBT. Tiba-tiba terasa seperti balik ke sekolah. Sebaik sahaja meletakan motor, kami berdua tercengang-cengang mencari di manakah tempat perlawanan perbahasan berlangsung. Berasa sungguh tidak selesa apabila kami berdua dipandang’ pelik’ oleh PKnya. Sementara tercengang-cengang dan berlegar-legar, saya melalui di depan dewan besar sekolah.Tersenyum sendirian apabila sekarang saya sedang berdiri betul-betul di tempat di mana Kak Ain pernah terbalik dahulu ketika duduk di kerusi. Ketika itu dewan tersebut penuh sesak bagi sesi taklimat pada malam pertama HKSBP.Keadaan begitu kalut pada masa itu.Pada mulanya  Zawanilah dengan yakinnya mengatakan tidak perlu mendengar taklimat yang karut-marut itu kerana dia sudah cukup berpengalaman ketika pergi ke HKSBP di Johor dulu. Tapi akhirnya kami semua dihalau oleh pegawai pengelola perempuan yang sudah pun berusia ditambah dengan leterannya yang cukup dahsyat.Tapi memang benarlah kata Zawani,setelah berlari-lari serti orang gila pergi ke dewan,akhirnya kami semua terpaksa pulang ke bilik kuarantin semula kerana dewan sudah penuh.Kesian Ain yang begitu teruja nak mendengar taklimat…..

Setelah 10 minit tercengang-tercengang, barulah ternampak kelibat Cikgu Amir.

Perlawan sudah pun separuh berjalan apabila kami masuk. 10 minit selepas itu, Safuan pun sampai. Apa yang diharapkan tidaklah menjadi apabila perlawan bahas Bahasa Melayu tidaklah dapat dijalankan sebaliknya hanya Bahasa Inggeris. Dalam masa yang sama rupa-rupanya cikgu di sana ‘menangguh air yang keruh’ apabila separuh dewan mini (tak tahu nak kata bilik yang macam mana) dipenuhi denagn pelajar tingkatan 1 dan 3. Ya, kelas prep petang yang meletihkan apabila ada daripadanya yang tertidur di atas meja. Usul yang dibahaskan adalah berkaitan dengan Laman Sosial. Saya kurang berminat disebabkan perbahasan bukanlah seperti yang saya sangka.Jadi saya pun bertepuk apabila orang lain bersorak.Dalam masa yang sama kelihatan muka Farah yang agak sugul;mungkin kerana sudah 2 kali tidak berpeluang berbahas dan Amirah yang kelihatan ‘frust’ mukanya, kemudian baru saya  ingat yang disini jugalah perlwanan persahabatan saya yang pertama bersama-sama Safuan dan Faris. Kalau tak salah saya usulnya berkaitan Pendatang Asing dan ketika itu saya memang benar-benar gementar selepas apa yang saya lalui melalui perlawanan dengan MCKK. [Harap-harap orang yang menyimpan video kami  masih lagi menyimpan video itu dengan baik =) ] Tapi benarlah;1000 langkah bermula dengan 1 langkah. Kami berjaya mengalahkan SAMSAH ketika HKSBP di sana walaupun penuh dengan penyokong pasukan lawan.

Sejurus sahaja perlawanan selesai, Safuan mengadakan sedikit taaruf dan menyampaikan sedikit amanat. Kemudian keadaan kian beruabah-ubah kepada gosip terkini terutamanya dengan hal-hal sekolah. Ha..ha.. itulah warga orators dan saya rasakan disebabkan ‘habit’ inilah yang menjadikan kami begitu rapat dalam kalangan ahli walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang;pengawas, prs, badar, pengawas perpustakaan, ketua kelas,ketua dorm……..Apa-apa pun saya mengharapkan sekolah berada dalam keadaan yang baik.

Pada sebelah petangnya kami semua pergi menonton perlawanan bola keranjang.Itulah warga HKSBP,bola keranjang dan bahas memang tak dapat dipisahkan. Tiba-tiba Safuan menegur saya, katanya teringat pula ‘kenduri’ kami dahulu.Memang kenduri yang cukup meriah mengalahkan kenduri kahwin pada malam pertama di HKSBP dulu.Malam yang disebut sebagai malam Jalinan Mesra (betul kot??)

Suasana petang berjalan dalam keadaan yang begitu santai. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ditmabah lagi dengan suasana pelajar yang sedang sibuk beriadah. Sempat juga saya menanyakan khabar pada Cikgu Nurul dan Lau Se. Sambil seronok melihat perlawan bola keranjang, Safuan pula dengan terujanya menceritakan keadaan beliau di kolej. Semuanya begitu berminat dengan cerita beliau.Ya sebagai inspirasi kepada kami semua untuk menjadi seperti Safuan. Lawatan saya pada hati itu berkahir sekitar 7 malam. Bagi orang lain, mungkin itu sekadar lawatan yang biasa;bekas pelajar melawat sekolah. Tapi bagi saya, saya masih lagi ingat dan saya akan terus mengingatinya……..

p/s:

-Kepada Zawani dan Ain;selamat terbang

-Kepada Solihin;jaga diri baik-baik dengan keadaan yang tak selamat di sana.

-Kepada Basil;sebelum terbang, mai datang jumpa

-Kepada Aisyah;Cuti nanti bagitau…..

-Kepada Safuan dan Faris;Jumaat ni…

-Kepada Admin blog ni;Ok tak?? Tapi rasa pelik la…rasa gaya penceritaan bagi ‘narrative story’ macam budak-budak..Tolong….Hu..Hu…

Komen-komen
  1. Shafiq Kadir berkata:

    nice….=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s