Bimbingan Berpidato (6) : Pendahuluan Pidato

Posted: Januari 2, 2011 in Pidato
  • Menampakkan Sikap yang wajar ketika tampil

Apabila anda sudah dipersilakan untuk tampil berpidato, majulah ke hadapan dan hadapilah audiens dengan tenang dan sopan. Anda tidak perlu berasa cemas, malu, ragu-ragu dan jangan pula berlagak hebat / berlakon, tetapi tataplah hadirin dengan sorotan mata yang menggambarkan penuh rasa persahabatan. Perlu diingat bahawa penampilan anda berpidato bukanlah seperti seorang tertuduh yang diadili di hadapan mahkamah dan bukan pula seperti seorang peragawan yang sedang mempertontonkan sejenis pakaian model terbaharu!

  • Mengawali pembicaraan dengan ucapan salam dan penghormatan

Apabila anda sudah berasa tenang dan siap untuk berbicara, maka awalilah pembicaraan anda dengan mengucapkan ‘salam’ kepada semua penonton. Baik sekali jika anda memulakan ucapan dengan ‘mukadimah’ iaitu Bismillah…, alhamdulillah, selawat dan lain-lain. Kemudian sampaikan pula ucapan alu-aluan bagi menghormati tetamu kenamaan, tetamu jemputan, dan para audiens. Semua ini perlu anda ucapkan dengan nada yang lembut, fasih dan kedengaran bersahaja serta jelas di telinga audeins.

  • Menyampaikan Rasa Terima Kasih

Seterusnya pemidato perlu mengucapkan terima kasih dengan tertib dab tulus ikhlas kepada pihak yang perlu : penganjur, pengacara dan sebagainya.

  • Menghindari mengemukakan permohonan maaf

Meminta maaf atas segala kelemahan yang terjadi dalam sebarang ucapan ialah sesuatu yang baik. Namun begitu, ia tidak wajar diucapakna pada permulaan ucapan. Jika perlu memohon maaf, lakukan pada bahagian penutup atau akhir pembicaraan. Hal ini demikian kerana pada peringkat awal, anda belum melakukan sebarang kesalahan. Jika sebelum berucap anda sudah memohon maaf, ini akan menyebabkan mood audiens akan turun dan persepsi bahawa anda kurang baik dalam pembicaraan akan terbit dalam hati audiens. Walau bagaimanapun, jika anda memang melakukan kesilapan, misalnya terlewat tiba atau masalah – masalah teknikal yang lain, wajarlah anda memohon maaf kepada audiens.

  • Menghindari mengemukakan sesutu yang menunjukkan kelemahan jiwa

Sering kali kita lihat pemidato menunjukkan kelemahan diri pada awal pembicaraan. Memang merendah diri dituntut tetapi bukannay menyampaikan sesuatu yang menampakkan kelemahan diri sendiri. Sebagai contoh, ungkapan “saya baru mendapat tajuk ini semalam”, “saya sendiri belum begitu faham dengan isu pada hari ini”, “saudara-saudara, saya bukan ahlinya untuk membicarakan topik ini”, dan sebagainya adalah contoh kelemahan jiwa pemidato. Keyakinan audiens akan menurun jika kita memulakan pidato dengan cara ini. Walau bagaimanapun, hal ini terkecuali jika kita memang dikenali sebagai pemidato atau orang yang pakar dalam hal ehwal yang ingin kita bicarakan. Bahkan audiens akan menganggap kita sebagai seorang yang berhemah tinggi dan merendah diri jika berbuat demikian. Cuma bagi pemidato yang baharu, ungkapan sebegini akan dilihat sebagai kelemahan dan ketidakmampuan kita menyampaikan ucapan dengan baik, berkesan dan menyakinkan.

Komen-komen
  1. shifa asri berkata:

    trima kasih,, =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s