Bimbingan Pidato (3) – Persiapan Sebelum Berpidato

Posted: Oktober 24, 2010 in Pidato
Tags: , , ,

Kerap kita perhatikan, ramai orang yang berpidato dengan baik, walaupun diminta melakukannya secara spontan. Jadi, adakah berpidato perlukan persiapan? Jika pakar bedah / doktor yang memang kerja rutinnya melakukan pembedahan dimaklumkan akan menjalankan pembedahan terhadap seseorang pesakit, dia akan bersiap sedia, termasuk dari segi pembacaan dalam hal yang berkaitan. Jika seseorang yang sudah pakarpun memerlukan persediaan yang selengkapnya, maka sudah pasti pemidato juga perlu berbuat demikian. Persediaan dan persiapan meliputi dia aspek : persiapan umum dan persiapan khusus.

Persiapan Umum. Persiapan ini bermaksud setiap pemidato (orator) perlu menydeiakan diri dengan segala aspek ilmu pengetahuan. Pengetahuan am berkait dengan sukan, budaya, politik, sosial, agama dan lain-lain lagi perlu sentiasa dikemas kini oleh para pemidato. Hal ini demikian kerana, apabila tiba masa diperlukan, terutama apabila diminta bercakap secara spontan pemidato tersebut sudah mempunyai maklumat asas untuk dia berpidato. Maka tidaklah nanti dia tergagap – gagap di khalayak, yang akan menjejaskan reputasinya sebagai pemidato.

Persiapan Khusus. Persiapan ini merujuk kepada persiapan yang dilakukan secara sengapa bagi maksud dan tujuan yang khusus. Sebagai contoh, jika anda diminta berpidato tentang sesuatu isu, maka anda perlu menyapkan diri dengan maklumat yang terperinci tentang tajuk yang akan anda syarahkan. Walaupun anda mungkin tidak menyebut semua maklumat tersebut, namun ia tetap penting bagi mengikuhkan hujah dan keterangan anda, khususnya jika melibatkan soal jawab atau interaksi dengan khalayak / audiens.

Kesimpulannnya, setiap pemidato perlu bersiap sedia dengan bahan – bahan yang  tercerna dan terikat kemas dalam minda mereka. Pemidato yang baik dan berkesan ialah pemidato yang dapat menyampaikan isi syarahannya dengan lancar dan berkeyakinan tinggi. Kelancaran dan keyakinan ini tidak akan hadir kepada pemidato sekiranya dia tidak tahu apa yang perlu diperkatakannya. Sehubungan dengan itu : bersiap siagalah!

“Kebenaran yang tidak terancang akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang terancang” – Imam ‘Ali k.w

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s