Bimbingan Berpidato (2)

Posted: Ogos 12, 2010 in Pidato

Hukama’ Arab ada bermadah (maksudnya) : “Biarlah kedua – dua kakimu tenggelam di dasar bumi # namun gantungkanlah cita – citamu pada bintang kejora”

Ada orang yang tanpa perlu bersusah payah berkebolehan bercakap / berpidato. Baginya bercakap di khalayak ramai bukanlah satu masalah. Disebabkan oleh kepetahan percakapannya, pembawakan dirinya penuh dengan karisma. Kata – katanya mengalir bak air terjun yang deras. Anehnya, dia tidak perlu bersusah payah belajar seni berpidato. Orang sebegini ialah mereka yang menerima anugerah Allah yang sungguh besar. Walau bagaimanapun, bukan semua orang mendapat abugerah tersebut. Malah, majoriti pengucap awam atau pemidato yang ada di muka bumi ini melalui pelbagai kesukaran sebelum berjaya menjadi pemidato yang hebat. Jadi, bagaimana hendak memastikan kita berada pada landasan yang betul untuk berpidato? Ikuti tip – tip berikut:

  1. Menganggap pidato satu keperluan. Anda hendaklah beranggapan bahawa kepandaian dan kebolehan berpidato ialah suatu hal yang perlu anda miliki. Dengan adanya kebolehan berpidato, banyak manfaat yang akan anda peroleh, seperti:
  • Boleh dijadikan wahana menyampaikan pelbagai idea berkaitan dengan keagamaan, isu semasa, politik, ekonomi, bahasa, budaya dan sebagainya.
  • Boleh mengangkat nama dan martabat seseorang dalam kalangan masyarakat.

2. Menganggap penampilan berpidato sebagai suatu penghormatan Sekiranya anda diberi peluang menyampaikan pidato oleh sesiapa sahaja, sambutlah dengan penuh takzim. Hal ini demikian kerana bukan semua orang diberi ruang dan peluang untuk berucap di khalayak ramai. Anda perlu sedar bahawa ruang yang diberi merupakan satu penghormatan yang tidak dengan mudah diberikan kepada sesiapa sahaja. Hanya mereka yang berkebolehan dan dipercayai sahaja diberi penghormatan berucap dalam mana – mana majlis.

3. Menjadikan penampilan berpidato sebagai hobi. Ada orang menganggap berucap di khalayak ramai satu beban. Sekiranya anda ingin menjadi pemidato yang hebat, anda perlu menjadikan seni pengucapan awam sebagai hobi anda. Berucap dan bercakaplah di mana – mana sahaja, asalkan ada peluang dan ruang. Apabila hobi anda ialah berucap, tidak sukar untuk anda melakukannya pada bila – bila masa.

4. Memiliki jiwa optimis. Dalam diri anda tidak boleh sekali – kali timbul anggapan bahawa anda tidak berhasil menjadi pemidato yang baik. Bahkan anda harus yakin dan percaya bahawa anda boleh melakukannya, walaupun memerlukan masa yang panjang. Sekiranya anda fikirkan anda boleh, anda pasti boleh melakukannya.

5. Mempelajari ilmu pidato. Pidato ialah satu seni. Oleh sebab itu, ia perlu dipelajari selok – beloknya. Jika anda ingin memperoleh pidato yang baik dan mantap, anda perlu belajar cara-cara berpidato. Berpidato bukan semata – mata berucap dan bercakap, tetapi perlu ada nada, intonasi, unsur-unsur yang menarik khalayak dan sebagainya. Semuanya perlu dipelajari agar pidato anda dikagumi oleh audeins dan tidak membosankan.

6. Menganggap audiens sebagai pengagum. Anda berpidato bukanlah seperti anda orang kena tuduh (OKT) di mahkamah. Bukan juga seperti anda menghadapi benda – benda mati. Akan tetapi, anda sebenarnya sedang berhadapan dengan mereka yang ingin sekali berkenalan dengan anda, bahkan mungkin pengagum anda. Lantaran itu hadapilah mereka dengan hati yang tenang dan wajah yang berseri – seri, jangan takut atau kehilangan semangat.

(bersambung)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s