Mesyuarat Agung Tahunan Orators’ League

Posted: Julai 29, 2010 in Mesyuarat
Tags: , ,

Pada 28 Julai 2010 (Rabu) yang lepas, mesyuarat Agung Tahunan Orators’ League telah diadakan di Pusat Capaian Bahasa Melayu. Mesyuarat yang dihadiri oleh 39 daripada 41 orang ahli Oratos’ itu turut diserikan dengan kehadiran guru-guru penasihat, iaitu Cg. Ariffin (Bahasa Melayu) dan Mdm. Hajar (Bahasa Inggeris). Mesyuarat tersebut bermula pada jam 5.45 petang.

Presiden sesi 2009 / 2010, Sdr. Nadzrin telah memulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh ahli yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan Orators’ League. Beliau turut melahirkan rasa terharu kerana telah mendapat sokongan dan dokongan daripada semua ahli sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai Presiden kelab. Nadzrin juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada guru – guru penasihat merangkap jurulatih bahas yang telah bertungkus lumus melatih mereka sehingga mempunyai keyakinan dan keupayaan berbahas seperti sekarang.

Cg. Ariffin pula mengimbau sejarah Orators’ League sejak awal penubuhannya. Beliau berharap susah payah ahli senior yang telah meninggalkan sekolah dihargai oleh semua pembahas dan pemidato dengan berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya pada masa-masa yang akan datang.

Selepas pembentangan laporan aktiviti sesi 2009/2010 oleh Setiausaha, semua AJK sesi 2009 / 2010 yang diketuai oleh Presidennya, Sdr Nadzrin telah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada pemilihan AJK yang baharu. Pemilihan AJK sesi 2010 / 2011 telah menyaksikan keputusan seperti berikut:

Presiden                      : Mohd Syafiq bin Kadir

Timbalan Presiden      : Khairunisa bt Amran

Naib Presiden (BM)    : Muhamad Sharulnizam bin Md Roni

Naib Presiden (BI)      : Engku Aqilah Insyirah bt Engku Johar

Naib Presiden (BA)     : Hamdi bin Mustafa

Setiausaha                  : Farah Aishah bt Nazry

Pen. Setiausaha          : –

Bendahari                    : Anis Shazwani bt Mohamad Yazi

Pen. Bendahari           : Mohd Syazwan bin Mohamad

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden 2010/2011. beliau berharap semua ahli akan bekerjasama untuk memastikan matlamat Orators’ League pada sesi seterusnya tercapai.

Majlis berakhir pada jam 6.30 petang dengan acara kegemaran semua : makan – makan!

Barisan Kepimpinan 2010/2011

Penyampaian Sijil Penghargaan

nyum...nyum...nyum...

potong!!!

wowww... diet ckit, no!

Komen-komen
  1. rosmanrazif berkata:

    selamat bertugas untuk ajk2 baru….2010/2011
    mintak tolong sambungkan hajat yang terbantut……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s