Bahasa Antara Rumah

Posted: Mei 15, 2010 in bahas

Akhirnya, majlis penutupan Sambutan Bulan Bahasa Kali VI selamat disempurnakan pada 13 Mei 2010. Majlis yang sepatutnya berlangsung pada Ahad, 9 Mei terpaksa ditunda ke 13 Mei bagi memberi peluang Pengetua hadir dan menyampaikan hadiah. Pada malamnya, Malam Gema Budaya VI telah diadakan di Dewan al-Ghazali.

Sempena Penutupan Bulan Bahasa juga, Orators’ League telah meyampaikan hadiah bagi pertandingan bahas antara rumah bagi kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Acara tersebut menjadi acara kemuncak majlis penutupan Bulan Bahasa. Kemuncak tersebut benar-benar menjadi acara kemuncak apabila acara tersebut diambil alih oleh Presiden dan Naib Presiden (Bahasa Melayu). Dengan sedikit kelainan, penonton agak teruja menanti keputusan pertandingan akhir bagi kedua-dua kategori. Tahniah Nadzrin & Rosman.

Keputusan : Bagi kategori Bahasa Inggeris, Piala Bibi Sabariah telah diungguli oleh rumah Saidina Umar, dan Sdr Mahfuz menjadi pembahas terbaik keseluruhan. Bahas Bahasa Melayu pula menyaksikan buat kali pertama, selepas tiga edisi sampai ke final, Rumah Saidina Othman berjaya membawa pulang Piala Hajah Rubiyah. Pembahas Terbaik final & keseluruhan pula dimenangi oleh Amirah bt Kamal Azizi dr rumah Saidina Ali, sementara Badrul Anas mengungguli pembahas terbaik Kumpulan A.

Apa-apapun, tahniah kepada semua peserta. Tahniah & Terima Kasih juga kepada semua AJK yang telah menjayakan Pertandingan Bahas Antara Rumah bagi edisi Ketiga. Semoga usaha ini terusa menyemarakkan aura bahas di SBPIKP ini!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s