Syarahan Agama

Posted: April 12, 2010 in Uncategorized
Tags: ,

Buat julung-julung kalinya, Orators’ League telah terlibat secara langsung dalam pertandingan syarahan agama sempena Karnival Pendidikan Islam (Majlis Tadarus al-Quran – MTQ). Selain pesertanya ialah ahli Orators, jurulatih dan guru penasihat juga terdiri daripada ahli dan guru Orators. Pertandingan ini di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam, tetapi atas dasar 1 Sekolah, Orators’ telah dimohon kerjasamanya oleh Panitia Pendidikan Islam.

Walaupun format syarahan agama sedikit berbeza dengan format Pidato Diraja yang menjadi kepakaran Orators’, namun berkat usaha, kesungguhan dan bantuan semua pihak, ahli Orators yang menyertai pertandingan ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat PKG dan daerah Kubang Pasu. Pertandingan di peringkat PKG Tunjang telah diadakan pada 25 Mac 2010 manakala di peringkat daerah pula pada 10.04.2010 di SMK Hosba.

Peserta perempuan, Amirah bt KAmal Azizi (sebelum ini bersekolah di SMKA Sik) telah berjaya mendapat Naib johan peringkat daerah setelah menggondol johan di peringkat PKG. Kekalahan 1 mata kepada SMK Changlun terubat dengah kejayaan Mohamad Shahrulnizam Md Roni, yang menjadi johan dalam kategori lelaki. Dia akan meneruskan perjuangan di peringkat negeri Kedah pada 23.04.2010 yang diadakan di SMK Syed Mohamad al-Bukhari, Kompleks Pendidkan Jabatan pelajaran Negeri Kedah.

Semoga berjaya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s