Pidato Kemerdekaan – Keputusan

Posted: September 20, 2009 in Pidato
Tags: ,

Selama dua malam berturut-turut, iaitu pada 15 & 16 Sept. 2009, pertandingan Pidato Kemerdekaan telah dijalankan di Pusat Capaian Bahasa Melayu. Pidato ini dijalankan bersama oleh Panitia Sejarah, Panitia Bahasa Melayu dan Kelab Pengucapan Awam (Orators’ League) sebagai pelaksana. Seramai 9 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka semua ialah wakil rumah masing-masing. Sebanyak lima buah tajuk telah ditetapkan untuk digarap dalam pidato ini. Menurut para hakim, mereka telah menunjukkan kemampuan yang baik dalam seni pemidatoan walaupun ada antara mereka yang baharu kali pertama menyertainya. Pertandigan ini dihakimi oleh Sdr. Mohamad Rosman bin Mohamad Razif, Mohamad Safuan bin Sabri dan Mohamad Basil Hazman bin Baharom. Ketiga-tiga mereka ialah pemidato yang mewakili sekolah ke peringkat negeri: Rosman (2009) dan Safuan (2008) pemidato Piala Diraja sementara Basil Hazman pemidato Bahasa Jepun (2008) – wakil ke kebangsaan.

Keputusan pertandingan tersebut adalah seperti berikut :-

 Johan – Shahirah bt Mohamaad Zamzari (wakil rumah Saidina Umar)

Naib Johan – Nur Syahira bt Mohamad Lutfi (wakil Rumah Saidina Ali)

Ketiga – Ahmad ‘Afif Ashraf  bin Affandi (Wakil Rumah Saidina Ali)

Majlis penyampaian hadiah dilakukan pada 18 Sept. sempena penutupan Bulan Kemerdekaan 2009 di Surau Jannatun Naim. Johan menerima Piala Pusingan sumbangan PK Kokurikulum, En. Malek bin Abu Hasan (untuk Rumah) dan hamper. Tempat Kedua dan Ketiga turut menerima hamper. Semoga pada tahun hadapan program ini akan diteruskan dengan lebih baik.

Tahniah kepada para pemenang!

Johan Pidato Kemerdekaan 2009

Johan Pidato Kemerdekaan 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s