Majlis Berbuka Puasa

Posted: September 17, 2009 in Seronok-seronok
Tags: ,

10 September lepas, majlis berbuka puasa dan jamuan akhir tahun Orators’ League diadakan di Foyer Makmal. Kehadiran penuh, iaitu 31 orang ahli dan 2 orang guru penasihat, Cikgu Ariffin dan Mdm. Siti Hajar. Ustazah Haliza tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.  Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturahim ahli Kelab di samping memberi penghargaan kepada AJK 2008/2009, khususnya ahli daripada tingkatan 5  yang telah bertungkus – lumus menjayakan setiap aktiviti Kelab. Majlis ini dikendalikan oleh AJK baharu sesi 2009/2010.buka posa01

 Selepas berbuka puasa, semua ahli dan guru telah menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih di Surau Jannatun Naim. Selepas itu, iaitu kira-kira jam 9.45, majlis diteruskan dengan acara barbeku di tempat yang sama. Tanpa pengalaman memang sukar melakukan sesuatu, hatta untuk menghidupkan api. Nasib baik Cikgu Ariffin menyelamatkan keadaan kritikal (selepas bosan melihat juruhidup api lebih 30 minit terkial-kial untuk melakukannya). Majlis ini berakhir pada jam 12.30 tengah malam. Walau bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, bekas bubur chacha Cikgu Nurul dan jag air JENTAYU masih belum dikembalikan oleh ahli-ahli yang berkenaan. Jadi, ingatlah : Harta orang, orang punya. Kembalikanlah….!buka posa 02

 Diharapkan program ini mencapai objektifnya. Moga-moga tahun hadapan lebih baik dan lebih meriah.

 buka posa 03

Komen-komen
  1. hafiz berkata:

    makan x ajak! ceyt!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s