Pidato 1 Malaysia

Posted: Julai 31, 2011 in Pidato
Label:

Pemidato : Muhammad Nasiruddin Aziz
© Teks oleh : Cikgu Ariffin bin Salleh, SBPI Kubang Pasu (Hak Cipta Terpelihara – berikan kredit kepada laman sesawang ini untuk sebarang penggunaan teks)

Bismillahirrahmanirrahim,
Terima kasih saudara peneraju acara, para hakim yang cendekia, penjaga masa yang setia serta sidang hadirin yang berwibawa. Assalamulaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia semuanya.

Sidang Hadirin,
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009 berkata: “1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”.

Betapa murninya cita-cita dan hasrat pemimpin utama negara untuk menyaksikan Malaysia bergerak maju ke hadapan dengan kepaduan rakyatnya. Dalam meraikan roh dan semangat 1 Malaysia itu, terdengar ejekan dan sendaan daripada beberapa pihak: Ke mana akhirnya gagasan ini? Mungkinkah gagasan ini akan berlalu akhirnya ditiup bayu senja apabila pemimpin sedia ada sudah tiada? Bertitik tolak daripada persoalan itu, maka saya – generasi pembawa obor wawasan negara berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan bagi menyampaikan satu pidato dengan mauduk : 1 Malaysia.

Sidang dewan warga berwawasan,
Sudah menjadi adat, sebelum berlari kita berjalan, sebelum menelan kita mengunyah agar yang gelap diperterang, yang kabur diperjelas. 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak : “Kita berdiri , kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia, dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”. Tuntasnya, 1 Malaysia yang terdiri daripada tiga unsur utama : budaya kerja cemerlang, berkhidmat kepada rakyat dengan penuh keikhlasan, dan peneguhan semangat perpaduan perlu kita hayati demi pembangunan negara yang lebih gemilang.

Generasi bervisi penerus tradisi;
Ayuh kita mulakan rentak dengan membicarakan gagasan perdana : Matlamat 1 Malaysia. 1 Malaysia seperti yang tertera dalam buku kecil 1 Malaysia, bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya. Untuk itu, sikap penerimaan antara kaum yang seterusnya membawa perpaduan yang utuh perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab itulah kerajaan telah melaksanakan pelbagai kaedah dalam memastikan persefahaman antara kaum terus kekal. Kesatuan dalam kepelbagaian diuar-uarkan, titik persamaan antara kaum diperkasakan. Hasilnya kita lihat perpaduan semakin utuh. Perbezaan yang kelihatan diambil sebagai kekuatan, bukannya sebagai titik kelemahan. Maka dengan itu, amalan keagamaan dipandang dari sudut keunikannya, kasih sayang dan saling memaafkan yang menjadi intipati semua agama diperhebatkan penerangannya kepada masyarakat Malaysia. Natijahnya, penganut Hindu lebih memahami konsep pemaafan ajaran Kristian, masyarakat Melayu memahami tuntutan kasih sayang dan nilai kekeluargaan dalam masyarakat Cina. Alhamdulillah… permata yang tersembunyi dalam kalangan penganut agama masing-masing kini terserlah kebersamaannya dalam setiap agama dan budaya.

Para hadirin warga berwawasan.
Niat yang suci perlu diikuti dengan kaedah yang ampuh demi mencapai cita-citanya. Demi merealisasikan hasrat mewujudkan perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat, pelbagai usaha perlu dijalankan oleh semua pihak. Selain kesungguhan pihak kerajaan, masyarakat tidak seharusnya memandang enteng gagasan ini. Masyarakat sepatutnya membuka minda masing-masing dengan menilai dan menerima konsep 1 Malaysia ini. Sikap skeptikal dan sinis perlu dikikis daripada diri masing-masing. Bagi merealisasikan matlamat ini, kerajaan telah memperkenalkan 8 nilai 1 Malaysia bagi mencapai matlamat tersebut. Nilai ini merangkumi Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti. Kesemua nilai ini dapat memperkukuh lagi hubungan antara kaum agar dapat menjalinkan perpaduan yang utuh selaras dengan prinsip Rukun Negara. Hal ini seterusnya dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu negara. Hasilnya, 2 prinsip utama:kebersamaan dan kekitaan 1 Malaysia akan tercapai.

Hadirin sekalian.

Pujangga ada berkata: “Seorang kita kuat , bersama kita hebat”. Kata-kata ini selaras dengan buah bicara saya yang ketiga : Kesan pelaksanaan 1 Malaysia. Melalui pelaksanaan berteraskan 8 nilai murni 1 Malaysia, semangat kekitaan dan kebersamaan dapat digapai bersama lantas melahirkan ikatan perpaduan yang teguh. Seterusnya, apabila rakyat berganding bahu sudah tentu negara akan membangun termasuklah dalam aspek sosial dan ekonomi. Maka, kesefahaman sejagat akan digapai dan keharmonian kehidupan akan dirai tanpa sebarang permasalahan yang akan membantu melahirkan negara yang stabil sama ada daripada segi zahir mahupun batin. Hal ini seterusnya akan membawa kepada perkembangan pembangunan ekonomi melalui keunikan dan sifat rakyat yang mesra pelabur. Pelaburan yang berjalan sama ada daripada dalam mahupun luar negara akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Buktinya, kita dapat melihat Malaysia telah diiktiraf oleh WTO sebagai negara ke-5 di Asia yang paling mesra pelabur.

Sidang hadirin warga intelektual sekalian,
Saya teruskan dengan buah minda saya yang terakhir: 1 Malaysia sebagai penjana pencapaian wawasan 2020. Dewasa ini , kita dapat melihat ketandusan kasih sayang yang semakin membarah yang seterusnya membawa kepada persengketaan yang sukar dikawal sama ada di negara Malaysia sendiri mahupun pada peringkat global. Justeru, bertepatan dengan 3 prinsip teras 1 Malaysia iaitu Penerimaan ,Kenegaraan , dan keadilan sosial yang seterusnya akan melahirkan ikatan kasih sayang dan mengukuhkan lagi nilai ini. Secara tidak langsung, matlamat 1 Malaysia akan berjaya menerobosi hasrat wawasan 2020 melalui penjayaan cabaran ke-7 iaitu melahirkan masyarakat yang penyayang.

Sidang hadirin warga budiman.
Konklusinya, saya mengajak sidang hadirin sekalian untuk sama-sama menghayati gagasan 1 Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan nilai perpaduan berdasarkan modus operandi yang telah kita dalami sebentar tadi menerusi 4 perspektif: Matlamat 1 Malaysia, Kaedah mencapai matlamat, Kesan pelaksanaan 1 Malaysia, dan 1 Malaysia sebagai penjana pencapaian wawasan 2020. Oleh itu, ayuhlah semuanya kita melangkah bersama, senada dan seirama berpandukan cita-cita untuk menjayakan misi dan aspirasi 1 Malaysia yang berteraskan prinsip Rukun Negara. “Gunung sama didaki, lurah sama dituruni”. Akhir kata, 1 Bangsa, 1 Matlamat, 1 Malaysia.

Sekian , putera bemisi mohon permisi buat warga bervisi daripada arena diskusi.

About these ads
Komentar
  1. cikgu sha berkata:

    mohon izin menggunakan pidato cikgu.

  2. zana berkata:

    sangat menarik,.mohon c0py,.

  3. oratorsleague berkata:

    Boleh..silakan…

  4. yaya berkata:

    mohon guna pidato cikgu .

  5. nana berkata:

    minta izin nak guna pidato ckgu..

  6. alyana berkata:

    mohon izin mgggunakn pidato cikgu ..

  7. diey berkata:

    mohon copy ! =)

  8. vee wahid berkata:

    mohon kebenaran untuk copy..^_^v

  9. shahnaz berkata:

    tq cg. sangat tepat dan padat . mohon guna idea pendahuluan.

  10. sungniem berkata:

    saya nak minta izin guna teks ini ya

  11. Ayangbonda berkata:

    Saya mohon guna teks ini ya…mudah-mudahan Allah membalas jasa baik cikgu..

  12. revathy shamugam berkata:

    izikan saya menggunakan teks ini ye cikgu…

  13. aziah berkata:

    saya mohon guna teks ni yee…

  14. Muhammad Najmi berkata:

    izinkan saya guna teks ini ye…:)

  15. Mohamad Haiqal Hazwan bin Madzian berkata:

    Assalamualaikum. Mohon penggunaan teks penuh pidato ini bagi menyertai pertandingan Pidato Piala Diraja (Sekolah Rendah) peringkat zon Simpang Renggam tahun 2013. Terima kasih atas budi baik Tuan.

  16. Aisya Syahira berkata:

    Assalamualaikum . Mohon kebenaran untuk ambil teks ini sebagai teks rujukan ya ^_^

  17. Elly berkata:

    mohon izin untuk menggunakan teks pidato cikgu. Moga budi baik cikgu mendapat kerahmatan dariNya

  18. shaida aman berkata:

    mohon copy ye cikgu utk pengucapan awam.. halalkan ye.. :)

  19. oratorsleague berkata:

    Silakanlah guna dan manfaatkannya….sedikit curahan untuk perkongsian kita bersama…

  20. Florina J berkata:

    selamat sejahtera…mohon kebenaran jdkan teks sbgai rujukan ya….terima kasih :)

  21. wen a berkata:

    teks ni sgt bagus.so,can i use it as my reference?thank you.God bless=)

  22. syiera lutfi berkata:

    ana mohon nk amik sume ilmu pidato ni..mohon ye senior2 oratos..cikgu Afirffin…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s